Wednesday, October 8, 2008

bhn2 yg mgkin melibatkan khinzir

Antara bahan-bahan yang melibatkan khinzir adalah seperti gelatin, renet, pepsin, whey dan insulin.
Gelatin
Gelatin mengikut ta'rifan yang diberikan oleh Professor Muhammad Abdul Salam, merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan cara menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali dengan nama collagen. Ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan atau pun dengan menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya. Kebanyakan sumber gelatin diambil daripada kulit, tulang, sisi tulang dada,dan tendon manakala gelatin yang besumber daripada ikan masih dalam peringkat kajian mengenainya dan penggunaannya. Terdapat juga gelatin yang diambil daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Salah satu contohnya ialah daripada bijirin. Di dalam Ensikloedia Malaysiana dicatatkan bahawa, "gelatin sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten gandum atau bijirin lain"
Renet.
Renet adalah merupakan sejenis enzim Protease yang dijumpai di dalam dinding perut keempat haiwan ruminan untuk dijadikan bahan dalam pembuatan keju. Rennet yang digunakan dalam industri makanan adalah untuk penyedian membuat keju iaitu bagi memekatkan susu. Kebiasannya, rennet yang digunakan ialah daripada anak lembu. Tetapi berkemungkinan juga sumber rennet itu diperolehi daripada khinzir. Jadi, kita sebagai pengguna Islam harus berhati-hati dalam pemilihan produk yang berasaskan daripada rennet.
Pepsin
Pepsin adalah enzim penghadaman daripada jus gastric, yang terbentuk daripada pepsinogen. Pepsin menghidrolisis ikatan peptide bagi protein, dan dengan itu menurunkannya kepada molekul yang lebih kecil iaitu pepton. Dalam tujuan komersil, pepsin disediakan daripada perut babi kerana babi mudah didapati dan pengeluarannya yang luas. Akan tetapi pepsin daripada anak lembu juga digunakan tetapi pengeluarannya adalah kecil.
Whey
Whey adalah serum susu atau cecair yang tinggal sesudah tairu dan krim yang dikeluarkan dari penggumpalan kasein dalam susu. Penggumpalan berlaku sewaktu penyediaan keju atau tairu. Proses untuk mendapatkan whey berlaku dengan menggunakan enzim rennet. Maka, pengeluaran whey itu perlulah dipastikan daripada sumber renet yang digunakan samada daripada binatang atau tumbuhan. Jika daripada binatang hendaklah dipastikan binatang itu adalah halal. Penggunakan disarankan agar berhati-hati dengan produk daripada bersumberkan whey.
Daripada keterangan beberapa jenis bahan-bahan daripada sumber khinzir diatas bolehlah kita ketahui serba sedikat tentang bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi bahan-bahan daripada sumber khinzir yang lain antaranya ialah lemak minyak, kolegen, sakarin dan sebagainya.

No comments: